Sunday, 1 October 2017

Punca-punca Ekzema yang IbuBapa Mesti Tahu

with 0 Comment

Punca-punca Ekzema yang IbuBapa Mesti Tahu


Ibu-Bapa sering runsing apabila ada anak-anak yang tiba-tiba mengalamai kegatalan akibat ekzema. Lebih meruntun hati mendengar rengekan sambil tangannya tidak berhenti menggaru-garu kulit yang gatal yang menjadikan ia semakin teruk sehingga terkadang menjadi luka.

Ekzema bukanlah ruam biasa yang mana ramai ibu-bapa fikirkan...ruam bayi bersifat sementara manakala ekzema boleh kekal lama dalam kulit.

Ekzema boleh menjadi serius jika dibiarkan dan akan menyebabkan kulit menjadi kemerahan sehingga menjadi kudis. Ia adalah salah satu punca tidur bayi sering terganggu.



Natijahnya, ia sangat penting untuk ibu-bapa mengetahui punca berlakunya ekzema ini:

Ekzema ada 2 jenis iaitu ekzema Atopik dan Dermatitis.


Ekzema Atopik dering disebabkan penyakit seperti asma dan demam alergik. Kesannya ialah kulit menjadi kering, gatal, merah dan merekah. Ada juga meleleh cecair seperti berdarah.

Jika ibu-bapa mempunyai penyakit asma dan ekzema, kemungkinan besar anak kita boleh terkena kegatalan ekzema.

Ekzema Atopik lazimnya berlaku di tangan, muka, leher, siku dan belakang lutut.

Terdapat 6 punca kegatalan ekzema:

1. Alahan Pemakanan

Alahan kepada makanan tertentu seperti susu lembu, telur, kekacang, kacang soya, atau gandum. Ini adalah punca utama ekzema yang biasanya berlaku dari dalaman badan dan bukan luaran. Bukan sekadar penyakit kulit luaran.

2. Faktor Persekitaran

Faktor cuaca yang melampau, terlalu sejuk atau kering akan memberi keradangan kepada kulit. Ini menyebabkan kulit menjadi terlalu kering dan gatal, sekaligus menggalakkan radang ekzema. Hama dan habuk yang mengandungi kotoran juga boleh menyebabkan kegatalan ekzema

3. Bahan Pencuci

Sabun dan bahan pencuci seperti syampu, sabun mandian dan sabun pakaian juga boleh menjadi punca ekzema jika sesuai digunakan pada sesetengah kulit bayi.

4. Alahan Spesifik

Antara punca ekzema juga ialah alah dengan bahan tertentu seperti fabrik, logam, emas, sintetik dan lain-lain.

5. Jangkitan Kulit

Apabila menggaru kegatalan ekzema, kulit akan menjadi lebih radang dan merebak ke tempat lain

6. Perubahan hormon

Pada sesetengah kes terpencil, bayi/kanak-kanak yang mengidap ekzema akibat stress. Gangguan emosi dan tekanan menjadi puncanya kegatalan ekzema berlaku.

Langkah-langkah Pengawalan Ekzema

mengawal kitaran ekzema dengan melembapkan kulit
-  mengubati keradangan
-  mengelakkan penggunaan sabun atau bahan kimia punca iritasi kulit
-  Elakkan makanan punca ekzema
-  menjaga kebersihan persekitaran
-  tinggal di dalam rumah bagi alergik debunga

Rawatan tambahan dengan vitamin shaklee dapat membantu memulihkan bayi yang terkena serangan ekzema ini. Pengambilan mealshakes dab nutriferon secara konsisten dan sapuan Helbal Blend pada kulit membantu mempercepatkan proses pemulihan....









Thursday, 28 July 2016

Vivix : Promosi Shaklee untuk Bulan Julai 2016

with 0 Comment

Vivix : Promosi Julai 2016

Vivix terbukti berkesan membantu ramai penghidap penyakit diabetes dan buah pinggang. Ia juga bertindak sebagai anti kanser, melindungi jantung, melindungi saraf dan juga anti penuaan.


Baca di sini untuk pengetahuan tambahan produk vivix:




Segera dapatkan Vivix Shaklee Terbaik untuk berhenti merokok dengan hanya klik di sini : BELI VIVIX SHAKLEE SECARA ONLINE.



Tuesday, 19 April 2016

Promosi Shaklee untuk Bulan April 2016

with 0 Comment

Promosi untuk Bulan April 2016

Shaklee sekali lagi menawarkan promosi pembelian vitaminnya dengan pemberian 1 botol dengan setiap 6 botol pembelian. Kali ini Shaklee menawarkan produk OmegaGuard dan Sustained Release Vit C Plus. Omega Guard sungguh mujarab untuk mereka ingin mengawal tahap kolesterol dalam badan manakala Sustained Relesed Vit C Plus pula amat sesuai untuk kesihatan dan kulit wajah yang cantik berseri.

Tawaran ini hanya untuk ahli yang berdaftar sahaja....


PROMOSI OMEGA GUARD



PROMOSI SUSTAINED RELEASE VITA-C PLUS




\




Tuesday, 1 March 2016

ESP-Promosi Shaklee Bulan Mac 2016

with 0 Comment

ESP-Promosi Shaklee Bulan Mac 2016

Shaklee sekali lagi membuat promosi produk Energizing Soy Protein [ESP] sebagai menghargai sokongan yang telah diberikan oleh pelanggan setianya bermula daripada 1 hingga 31 Mac 2016. Bagi ahli Shaklee yang berdaftar, setiap pembelian 6 canister akan mendapat percuma 1 canister ESP.


ESP juga berfungsi sebagai produk asas yang boleh diambil bersama produk Shaklee yang lain untuk keperluan yang berbeza antara lainnya sebagai 'milk boaster' bagi ibu selepas bersalin, agen untuk mengurus atau menambah berat badan, kecantikan kulit, mengatasi masalah gastrik dan yang terhangat sekarang ialah sebagai agen memontokkan dan menambah saiz  payudara.

Pengambilan ESP bersama Alfalfa Complex dan Vitamin E adalah ramuan terbaik dan terhangat dewasa ini bagi wanita yang mengidamkan padudaya yang montok, anjal dan gebu tanpa perlu berbelanja besar jauh sekali risiko kesihatan seperti mereka yang melakukan pembedahan silikon.

Anda boleh terus melanggan ESP secara ONLINE dengan klik di sini: ENERGIZING SOY PROTEIN




Thursday, 18 February 2016

Manfaat dan Kebaikan Minyak Zaitun untuk Kesihatan

with 0 Comment

Manfaat dan Kebaikan Minyak Zaitun untuk Kesihatan

Minyak zaitun telah digunakan untuk pelbagai tujuan dalam sejarah peradapan dan ketamadunan manusia. Di dalam dunia serba moden hari ini, selain digunakan sebagai bahan asas untuk masakan yang berkhasiat dan berkualiti tinggi, ia juga digunakan dengan meluas dalam dunia perubatan, farmasi dan kegunaan lain. Ia mengandungi asid oleik yang baik untuk kesihatan dan juga berfungsi sebagai agen antioksidan yang efisyen.
Kerana mempunyai manfaat kesihatan yang banyak, melayakkannya disebut sebagai “mukjizat” dari Mediterranean…sehingga Allah swt bersumpah dengan buah zaitun ini bersama buah tin dalam surat At-Tin.



Jenis Minyak Zaitun

Terdapat dua jenis minyak zaitun yang popular dan sering digunakan iaitu “virgin olive oil” (VOO)  dan “extra virgin olive oil” (EVOO). EVOO terbukti mempunyai kualiti yang tinggi berbanding VOO. Ia mengandungi  mineral semulajadi dan vitamin yang tinggin kualitinya. EVOO yang tulen amat baik dimakan bersama salad atau memakannya sebagai suplemen di waktu pagi. Sementara VOO sering diguna untuk memasak kerana ia lebih tahan kepada suhu yang panas dan harganya yg lebih murah.


Kebaikan Minyak Zaitun
a. Agen AntiKanser

EVOO bersifat sebagai agen yang berupaya melawan beberapa jenis kanser. Dua jenis kanser yang paling sering diuji ialah kanser berkaitan dengan sistem pencernaan dan kanser payudara.
EVOO yang mengandungi kandunagnasid oleik yang diyakini dapat meningkatkan apoptosis dan mencegah percambahan sel-sel kanser yang baru. EVOO juga kaya dengan antioksidan fenolik, seperti terpenoid dan squalene, yang mempunyai sifat anti-kanser.

b. Demensia dan EVOO

Salah satu punca Alzheimer adalah pengumpulan peningkatan beta-amyloid di dalam otak. Satu kajian di University of Louisiana mendapati bahawa oleocanthal, sebatian yang dijumpai dalam EVOO mempunyai kekuatan untuk mengawal tahap beta-amyloid yang sangat berkesan untuk meningkatkan pembersihan.
Selain itu, fenol alam yang terkandung dalam EVOO boleh membantu mengurangkan “neuro inflammations” atau penyakit yang berkaitan dengan saraf.

c. Gula Darah dan EVOO

EVOO juga berkemampuan untuk mengurangkan diabetes. Beberapa kajian tentang pengambilan EVOO secara berterusan boleh mengawal penyakit kardiovaskular/jantung dan juga diabetes.
Terdapat kajian lain yang menambahkan EVOO di dalam diet pesakit diabetes menghasilkan keputusan signifikan dalam tahap penurunan gula darah dan juga tekanan darah.
Selain itu, kajian lain yang dilakukan membuktikan keberkesanan penggunaan EVOO sebagai ubat luka kepada pesakit diabetes. Ini membuktikan bahawa EVOO boleh diguna untuk merawat diabetes dengan 2 cara, dimakan dan sebagai ubat sapuan luka.

4. EVOO dan Pengaruhnya Terhadap Sumsum Tulang

Terdapat kajian yang membuktikan EVOO sebagai agen anti-ostheoporosis. Jumlah sumsum ke atas peserta/tester meningkat dengan penambahan EVOO ke dalam diet mereka. Selain itu, EVOO juga termasuk sebagai agen antioksidan, anti-kanser, dan anti-keradangan.

5. Minyak Zaitun dan Tekanan Darah

Artikel di dalam makalah “Archives of Internal Medicine” menunjukkan bahawa pesakit hypertension boleh mengurangkan jumlah pengambilan ubat mereka setelah memasukkan kira-kira 30-40 gram EVOO ke dalam diet harian mereka.
Menambahkan EVOO dalam diet harian anda terbukti secara saintifik boleh mengelakkan, merawat, bahkan menghalang pelbagai kesan negatif terhadap keadaan dan tahap kesihatan anda. Bagi mereka yang mengamalkan pengambilan makanan Sunnah, EVOO ini sering diambil bersama pati delima, pati kurma dan juga madu asli.

Vivix Shaklee
Bagi mereka yang mengalami ‘prolong sickness’, anda boleh menambah suplemen harian dengan Vivix Shaklee yang juga terbukti berkesan mengawal beberapa penyakit yang kritikal seperti diabetes, jantung, tekanan darah tinggi dan juga buah pinggang, alzheimer dan parkinson.

Segera dapatkan Vivix Shaklee Terbaik untuk berhenti merokok dengan hanya klik di sini : BELI VIVIX SHAKLEE SECARA ONLINE.


Wednesday, 11 February 2015

Ketahui Tanda Awal Serangan Jantung

with 0 Comment

Ketahui Tanda Awal Serangan Jantung

Penyakit jantung merupakan salah satu "pembunuh" paling berbahaya bagi manusia, bukan sahaja di Malaysia bahkan di negara maju seperi Amerika Syarikat, Peranchis, German mahupun Britain. Menurut jurnal kesihatan, ramai yang tidak menyedari mereka sedang menghadapi gejala serangan jantung dan hanya menyedarinya di dalam keadaan yang sudah terlambat.

Beberapa tanda serangan jantung sering dianggap remeh mungkin kerana ia kelihatan seperti penyakit biasa sahaja. Ilmu pengetahun tentang serangan jantung ini sangat penting kerana dengan melakukan tindakan yang tepat, boleh menyelamatkan anda daripada kematian mengejut.

Risiko penyakit ini meningkat terutama bagi mereka yang sudah melepasi had umur 50 tahun. Perokok, peminum lkohol tegar, banyak makan makanan berlemak dan mereka yang kurang dan tidak bersukan, sering menjadi punca utama dan tergolong dalam radar mereka yang berisiko tinggi terkena serangan jantung.



Berikut adalah 13 tanda-tanda atau indikatif seseorang itu akan mengalami serangan jantung yang saya petik daripada HealthyHeart.net:

1. Berasa panas seolah-olah terbakar dan sakit yang sangat di sebelah dada kiri. Jika sakit ini datang secara tiba-tiba, segera pergi ke hospital untuk pemeriksaan.

2. Pening dan berpinar-pinar walaupun degupan jantung pada keadaan normal.

3. Salah satu tanda pertama serangan jantung adalah perasaan cemas yang terlampau dan juga kerisauan yang amat seolah-olah berasa hampir mati.

4. Batuk yang berterusan dan bukan kerana alasan kesihatan yang lain, seperti deman sejuk atau merokok. Mereka patut mendapatkan rawatan segera daripada pakar jantung untuk menentukan tahap kesihatan jantung dengan menjalani beberapa jenis prosidur.



5. Kehilangan nafsu makan secara tiba-tiba dan mendadak. Ini adalah salah satu tanda-tanda serangan jantung pada wanita.

6. Berasa keletihan walaupun tidak melakukan aktiviti yang membebankan. Seseorang itu mungkin mengalami keletihan, setidaknya beberapa minggu sebelum terjadinya serangan jantung. Ini juga adalah salah satu tanda-tanda serangan jantung pada wanita.

7. Mual dan menjurus kepada muntah tanpa sebab-sebab kesihatan yang lain.



8. Denyutan jantung abnormal beserta gejala lain seperti pening, sesak nafas dan lemah anggota.

9.  Kebas tangan dan berasa sakit di bahagian perut, rahang, leher, siku, lengan dan bahu bahagian kiri badan. Tanda-tanda sakit sebegini mungkin tidak terjadi di semua orang.

10. Berpeluh adalah salah satu gejala serangan jantung meskipun seseorang itu tidak melakukan aktiviti yang membebankan atau beriadah terutama ketika seseorang itu berada di dalam bilik yang berhawa dingin. 

11. Kesukaran bernafas yang tiada kaitan dengan masalah asthma. Seseorang yang mengalami serangan jantung akan mengalami kesukaran bernafas beberapa ketika sebelum serangan terjadi.


12. Kesukaran untuk bangun daripada tempat tidur beberapa hari sebelum serangan jantung berlaku. Tubuh yang mengalami kelemahan secara mendadak adalah salah satu gejala serangan jantung.


13. Jantung yang lemah akan mengakibatkan pembengkakan pada sebahagian tubuh seperti perut dan kaki akibat akumulasi cairan dalam sistem tubuh. Perut atau kaki seseorang dapat membengkak, dalam situasi seperti itu.

Jika anda mengalami beberapa tanda-tanda di atas, anda disyorkan untuk berjumpa doktor untuk mendapatkan secepat yang mungkin…..ia mungkin dapat menyelamatkan nyawa anda.


Penting untuk diketahui dan difahami bahawa cara pengambilan makanan harian seseorang juga merupakan faktor utama yang menyumbang kepada serangan jantung ini terutama bagi mereka yang menggemari makanan yang berlemak dan masakan yang berminyak. Kedua-dua akan menyebabkan peningkatan tahap kolesterol dalam darah dan seterusnya menjadikan arteri tersumbat.

Pengambilan Omega Guard Shaklee dan COQ Health Plus Shaklee secara konsisten boleh membantu seseorang mengawal paras kolesterol dalam darah dan seterusnya mengelakkan arteri tersumbat.


Omega Guard Shaklee dan COQ Health Plus


Omega Guard

Omega Guard Shaklee yang mengandungi minyak ikan Omega 3, terbukti berkesan untuk mengawal tahap kolesterol dalam darah. Antara kelebihan Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee adalah:-

cegah arteri sumbat cegah serangan jantung

Di antara kelebihan Omega Guard ialah:
  • Minyak Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee diesktrak dari ikan laut dalam dan berair sejuk [sardin, mackerel, herring dan anchovies].
  • Tidak dihasilkan dari minyak hati ikan yang mengandungi toksik.
  • Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee mengandungi 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan minyak hati ikan.
  • Ia sangat berbeza daripada produk omega 3 yang lain kerana Omega Guard Shaklee satu- satunya minyak ikan Omega 3 paling tulen, lengkap dengan 7 jenis asid lemak omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA dan ALA.
  • Omega Guard Shaklee dihasilkan daripada kaedah ultratulen bergred farmaseutikal berteknologi terkini. Kaedah utlratulen adalah proses penyulingan proprietari 3 molekul untuk mengektrask omega 3 yang tulen dan menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, dan PCB.
  • 1 kapsul Omega Guard Shaklee membekalkan 905mg asid lemak omega 3, EPA dan DHA.


COQ Health Plus

COQ Health Plus mengandungi Koenzim Q10 yg penting utk sel tubuh bagi menghasilkan tenaga sendiri untuk kekal berfungsi. Ia mengandungi kesemua proprieteri semulajadi daripada vitamin E dan estrak teh hijau.

cegah arteri tersumbat sayangi jantung anda



Di antara khasiat COQ Health Plus ialah:

1   * Mengelakkan penyakit kardiovaskular termasuk arteri tersumbat.
2   * Digunakan untuk merawat penyakit kanser seperti kanser payudara dan membantu             pesakit yang menerima rawatan kemoterapi.
3   * Membantu meningkatankan penghasilan insulin yang membantu pesakit diabetis.
4   * Merawat masalah penyakit gusi.
5   * Membantu merawat pesakit Parkinson.
* Membantu meningkatkan tahap kesuburan dan jumlah sperma.


Langgani segera secara ONLINE dengan klik di sini : Omega Guard dan COQ Health Plus 


#jantungsihathidupharmoni



Friday, 9 January 2015

Fungsi Utama dan Kebaikan VitaLea for Children

with 0 Comment

Fungsi Utama dan Kebaikan VitaLea for Children


Selain pengambilan makanan asas yang berkhasiat, pengambilan supplemen multivitamin amat berperanan di dalam meningkatkan tahap kesihatan kanak-kanak. Ia berfungsi sebagai pelengkap zat dan nutrisi yang sedia ada dan amat diperlukan oleh kanak-kanak yang sedang membesar.

Multivitamin adalah pelengkap keperluan antibodi tubuh untuk menguatkan antibodi seperti kalsium, vitamin C dan vitamin B. Ia juga bertindak sebagai "booster'  untuk meningkatkan antibodi yang boleh membantu seseorang kanak-kanak daripada jangkitan kuman yang boleh menyebabkan selsema, batuk dan demam.

Kekerapan pengambilan makanan segera dan makanan ringan yang mengandungi banyak bahan kimia sering menjadi punca kemerosotan antibodi tubuh kanak-kanak yang sedang membesar.....dan ia pastinya akan membawa mudarat apabila mereka ini dewasa kelak. 

Bagi ibu-bapa yang prihatin akan peri pentingnya penjagaan kesihatan anak-anak secara total perlu mengawasi kandungan zat dan nutrisi makanan yg diambil. Bagi ibu-bapa yang yang sibuk dengan tugasan boleh memastikannya dengan memberi anak-anak multivitamin setiap hari yang akan bertindak sebagai pelengkap kekurangan zat dan nutrisi yang amat diperlukan.   

Shaklee amat memahami permasalahan ini dengan melakukan "researh" yang cukup teliti sebelum mengeluarkan suplemen multivitamin khas untuk kanak-kanak yang di kenali sebagai VitaLea For ChildrenSuplemen multivitamin ini diperkaya dengan kalsium dan magnesium bagi memberi sokongan menguatkan tulang serta badan yang sihat. Ditambah dengan khasiat buah oren, anggur dan campuran perisa beri. 

Produk ini dilancarkan sempena tahun baru 2015 dengan promosi pengenalan iaitu percuma 1 botol dengan setiap 3 botol pembelian.....lagi penting ia bertujuan untuk mempastikan tahap kesihatan kanak-kanak sentiasa terjaga walaupun kecenderungan pengambilan makanan segera dan makanan ringan yang tidak berkhasiat di kalangan mereka agak sukar dikawal.



Fakta Ringkas Multivitamin Vita-Lea for Children Chewable Shaklee:
  • Mengandungi 19 nutrien penting untuk perkembangan sihat kanak-kanak
  • Menyediakan 150% nilai harian vitamin D untuk kesihatan tulang dan gigi
  • Memberi 100% nilai harian vitamin C
  • Vitamin B yang menyokong fungsi sebenar proses badan manusia
  • Berasaskan phytonutrien semulajadi
  • Manisan semulajadi dengan Xylitol, tidak menggalakkan kaviti
  • Kaya dengan sumber nutrien antioksidan
  • Diperkaya dengan buah oren, anggur dan campuran perisa beri




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Pengedar Sah Shaklee Anda

Pengedar Sah Shaklee Anda
Assalamualaikum semua....saya adalah agen sah shaklee seluruh Malaysia melalui penghantaran dengan PosLaju ke seluruh Malaysia dan menyediakan perkhidmatan"COD" di kawasan Shah Alam, TTDI Jaya, Bukit Jelutong, Subang Jaya, USJ, Putra Height, Bt3 Shah Alam, Pinggiran USJ, Alam Megah dan Puchong. Sila SMS/whatsApp di : 016- 229 6067

Promo for March 2016 - for MEMBERS only

Promo for March 2016 - for MEMBERS only

Popular Posts